Aura Sukma bukanlah suatu nama yang berdiri di atas kesedaran alami tetapi ianya adalah nama yang merujuk kepada nilai kerohaniaan dan mempertimbangkan keimanan serta benar-benar memumupuk halalan toyibba. Dan tidaklah aura itu meliputi setiap makhluk melainkan sukma itu yang menyerap aura bagi meningkatklan kualiti hidup serta yang terpenting mencantikkan penampilan diri dan akhlak.
Aura menafikan pada diri yang tercela  dan menampilkan peribadi yang meringgus sehingga penampilan diri menjadi cela dan noda. Dan inilah kesadaran umum menggembalikan sukma itu dengan alami dapat membangunkan sukma yang pancer. Sukma yang berhias aura menentukan jauh pandang dan dekat pandang yang melembutkan hati setiap makhluk alami. Sesungguhnya diri sukma itu bagaikan sebutir intan yang makin di canai makin indah dan terpancer auranya menyimbahi diri.

Thursday, October 21, 2010

Seketenangan Langit Itu Membiru

AURA SUKMA BRIDAL COUTURE & SALOON
37, MEDAN STATION 19/3,
STATION 18
31650 IPOH.
PERAK

Wanita atau berjantina bukanlah penentu kehidupan bahagia namun untuk mencapai bahagia itu terletak pada qhadak dan qhadarNya  ya ilahi. Pun begitu ilahi itu maha menyayangi dan mengasihi hati-hati wanita yang ingin mencapai bahagia dunia dan akhirat. Oleh demikina itu maka allah perintahkan akal untuk di jadikan juru pandu yang menasihati haluan diri mengenai kehidupan.
Bukanlah sesuatu yang mudah membiarkan hidup ini di uruskan kehendak duniawi… amat sukar dan bertambah sukar… sesekali melihat tangan ini sebenarnya sudah tidak mempunyai kudrat untuk menghabisi senja sekalipun.  Memang terasa indah dan hilang nestapa menatapi di penghujung senja yang melabuhkan tirai merah. Begitulah kita harus melepaskan amarah pergi bagaikan sinar senja yang berdetik seketika.
Hidup diteruskan untuk menutup segala keperihan lampau. Menutup segala kepenatan nafas yang berlabuh sendu namun jantung ini masih berdegup untuk ku meneruskan perjuangan hidup hingga ke akhirat.. hanya pada yang maha kuasa aku memohon izinkanlah kudratNya memimpin diri ku hingga ke penghujung sana…… alhamdulilah….

Tuesday, October 12, 2010

Purple Haze Outch!!!!!!

AURA SUKMA BRIDAL COUTURE & SALOON
37, MEDAN STATION 19/3,
STATION 18
31650 IPOH.
PERAK


dalam kasmaran terlihat dia
dia menanti mencari cahaya
cahaya nya gemilang kemilau berwarna
purple itulah pilihan singgahsana


maharaja celak ku berma sakti
mohon manikam dari rupat
inilah pondok cahaya baiduri
menempat kasih rapat bertempat



ilham seri seni arashi
tumpah cahaya kian bersemi
inilah pancar turun dari syurgawi
memancar cahaya bagai langit bidadari

Monday, October 11, 2010

Hadiah Ilahi Rahmat KurniaNya

AURA SUKMA BRIDAL COUTURE & SALOON
37, MEDAN STATION 19/3,
STATION 18
31650 IPOH.
PERAK



Ya Allah Ya Tuhan Kami
Satukanlah Hati Kedua Mempelai Ini Dengan Iman, Keyakinan dan Tawakkal Kepada Mu. Jadikanlah Mereka, Suami Yang Soleh Yang Senantiasa Memimpin dan Isteri Yang Solehah Yang Sentiasa Membantu. Murahkanlah Rezeki Mereka dan Kurniakanlah Mereka Zuriat Yang Beriman dan Beramal Soleh. Semoga Jodoh Perkahwinan Ini Dipenuhi Al-Muwaddah dan Al-Rahmah di Dunia dan di Akhirat
                                                                                                                         Amin Ya Rabbal Alamin.

Friday, October 8, 2010

SIMpLE SteADy tHe MAmAK sTYLe Of Hurricane

AURA SUKMA BRIDAL COUTURE & SALOON
37, MEDAN STATION 19/3,
STATION 18, 
31650 IPOH.
PERAK


berlagu riang sorak punai,
memancar cahaya embun sari,
duhai MAMAK cobalah mengerti,
aku hiasi mu dengan sanubari


lihatlah kanan dan kiri,
dari mata singgah ke hati,
segala ruang bagai di simbahi,
cahaya pinky menghiasi astaka puri.


ratu ayu nama di beri,
mekar seri raja sehari,
inilah tambatan abadi,
singgahsana bertahta JATI.


dalam lamunan hati menanti,
mencari mimpi sang jauhari,
layarnya purple dan pinki,
di situlah berdiri bagaikan arashi.


di renjis-renjis si mawar berduri,
di renjis oleh si anak mami,
inilah dia si adat kami,
menepung tawar raja sehari


bukan mudah bukan susah,
bukan sengaja aku menatah,
inilah wujud layar sitah,
empat pancar pelamin terindah.


 hidup nun jauh paduka tuan,
singgah sebentar membeli rokan,
aduhai kasih pujaan intan,
marilah masuk ke gerbang larangan.


usah cemburi iri hati,
pada ku yang mencuri hati,
kerana nama ku hanyalah si JATI,
terhias aku berukiran seni.